Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR



1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau
tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita
masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg
perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita
ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu
bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita
masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita
masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" 

Tuesday, November 22, 2011

Namrud hancur kerana nyamuk



“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan.
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.
Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.
Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.
Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.
"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad.
Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.
Tambahnya lagi, Allah ada berfirman,
"Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan burukitu agar mereka kembali insaf." Surah Al-Rum: 41
"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris.
Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.
Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.
Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia.
Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan.
"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.

Sunday, November 20, 2011

Jangan bersedih, Hidup ini bukan untuk bersedih



Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.


Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Wednesday, May 4, 2011

Tuntutan Pembelajaran Berterusan

Ditulis oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid

* Pendahuluan

Hampir seribu tahun yang lampau, Ibn Khaldun melalui kitabnya “Muqaddimah” menyatakan dalam fasal ketiga daripada bab V1”Semakin banyak ilmu apabila makin maju pembangunan dan hadharah”. Dalam fasal tersebut beliau menyatakan kota-kota Baghdad, Cordova, Qayrawan, Basrah, Kufah tetekala maju pembangunannya maka pengajaran dan pembelajaran ilmu semakin meluas. Tetapi apabila Bandar-bandar itu bertambah mundur maka aktiviti keilmuan semakin berkuarangan. Justeru itu pada zaman Ibn Khaldun ilmu semakin berkembang pula ke kota Kaherah sehingga ia menjadi tumpuan para pencinta ilmu dari Iraq dan Morocco.

[1] * Demikian gambaran ringkas betapa aktiviti keilmuan menjadi pemangkin kemajuan sesebuah bangsa dan umat itu. Di Malaysia juga jika dibuat perbandingan pada zaman sebelum kemerdekaan dan selepas 40 tahun mencapai kemerdekaan bagaimana diperlihat perbezaan dalam aktiviti ilmu tahun lima puluhan dan enam puluhan dengan tahun 2006 amatlah jauh sekali. Dari masyarakat yang buta huruf,buta teknologi malah buta agama ia bertukar menjadi masyarakat yang celik huruf, celik sains dan teknologi malah celik agama. Pada masa kini Malaysia terkenal sebuah Negara yang cukup membangun sehingga menjadi tumpuan banyak Negara dunia ketiga termasuk pelajar-pelajar Arab yang dating belajar mengenai ilmu Islam di UIA,UKM dan UM hatta dalam bidang pelajaran usuluddin,Syariah, pada peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah.
* Seruan Islam Kepada Pembelajaran
* Buka sahaja kitab Ihya Ulumiddin terdapat didalamnya satu bab mengenai Ilmu di mana terkandung di dalam beberapa fasal mengenai kelebihan ilmu,kelebihan mengajar dan kelebihan belajar. Kelebihan ilmu digambarkan melalui kelebihan mereka yang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak berilmu,malah dinyatakan orang berilmu lebih merasai takut kepada Allah berbanding dengan mereka kurang berilmu.

[2] * Adapun kelebihan belajar disebutkan tentang hadith daripada riwayat Muslim menyebut”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. Bagi orang Islam syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang berlajar ilmu sebelum mendapat ganjaran akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji” sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan”. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadith riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.

[3]* Walaupun sanadnya daif,tetapi dorongan belajar ke mana-mana saja tetap masyhur hingga belajar ke negeri China. Orang Islam dituntut belajar,malah ia merupakan satu fardu dan kewajipan “Talabul `ilmi faridhatun `ala kulli muslim”.
* Justeru itu dinyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan ilmu sama ada penyoal (murid), guru, pendengar dan mereka yang cintakan ilmu dan ahli ilmu akan ganjaran dari Allah s.w.t. Masing-masing pihak akan terus mendapat kebaikan dan oleh itu mereka yang jahil tidak harus berkekalan dalam kejahilan dan mereka yang tahu tidak harus kedekut dengan sedikit sebanyak ilmu yang ada pada mereka.
* Islam sejak awal-awal lagi menyatakan bahwa belajar ilmu itu wajib berterusan dari buaian sampai ke liang lahad. Abu Zar meriwayatkan “menghadiri majlis ilmu seorang alim lebih baik daripada bersembahyang (sunat) seribu rakaat, menziarahi seribu orang pesakit, dan menghadiri pengkebumian seribu jenazah” Malah ditanyakan kepada nabi”hatta lebih baik daripada membaca al-Quran”?. Lalu nabi menjawab” Apa faedahnya al-Quran jika tidak berilmu”.

[4]* Dari keterangan Imam al-Ghazali ini ternayata bahawa pembelajaran ilmu satu aktiviti sepanjang hayat tanpa henti dan tidak terikat oleh usia dan umur. Ibn Khaldun membahagikan pula ilmu itu sama ada ilmu naqli atau ilmu aqli. Ilmu naqli merujuk kepada ilmu yang datangnya dari syarak sama ada dari al-Quran mahu pun al-Sunnah. Sementara ilmu aqli pula ialah ilmu yang dijana oleh pemikiran manusia sehingga dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

[5]* Dalam istilah biasa dikenali dengan ilmu fardhu `ain dan ilmu fardhu kifayah. 
Dalam bahasa baru diperkenalkan pula istilah ilmu pertama sebagai ilmu menyusun diri sendiri dan keduanya ilmu menyusun sistem masyarakat. Apa pun istilah yang dipakai ilmu itu terlalu banyak untuk dipelajari,lantas Imam al-Ghazali sekali lagi mengingatkan kita pandai-pandai mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan jangan habiskan masa dengan ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali memperkenalkan ilmu mahmudah dan ilmu madhmumah.
* Keutamaan Ilmu berbanding Dengan Amalan
* Ulama semasa tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan kita melalui bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat bahawa ilmu hendaklah didahulukan daripada beramal. Ini bersandarkan maksud sabda nabi:”Ilmu itu imam,amalan itu pengikutnya”. Justeru ilmu menjadi syarat bagi amalan dan perkataan yang betul. Imam Bukhari menyatakan Amalan tidak bermanfaat tanpa ilmu. Malah nabi sendiri mengatakan “Barangsiapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah,nescaya diberikan kepadanya kefahaman mendalam dalam agama”.
* Dalil paling kuat tentang kelebihan ilmu apabila”Iqra`” ayat pertama diturunkan.Sedangkan membaca adalah anak kunci kepada ilmu. Kemudian baru turun ayat supaya beramal melalui surah al-Muddathir” Wahai orang yang berselimut,bangunlah! Dan beri khabar (amaran)…”
* Melalui ilmu manusia dapat membezakan antara haq dengan batil dalam akidah,melalui ilmu dikenali mana yang sunnah dan mana yang bidaah,mana yang soheh dan mana yang fasad dalam mualamat. Ilmu juga memberitahu mana yang halal dan mana yang haram.Malah mana yang boleh diterima dan mana yang patut ditolak. Kesemuanya berteraskan ilmu.

[6]* Memandangkan besarnya pengaruh dan kesan ilmu,
benarlah kata Sayyidina Umar IbnAbdul Aziz” Mereka yang beramal tanpa berasaskan ilmu,keburukannya lebih banyak daripada kebaikan”. Malah dalam realiti pun, ramai mereka yang beramal tidak kurang ikhlas,taqwa dan bersemangatnya mereka, tetapi apa yang mereka kurang adalah ilmu. Inilah yang dikatakan terjadi kepada golongan Khawarij yang menentang Sayyidina `Ali k.w.,sehingga sanggup membunuh mereka yang sesama agama.

[7]* Keutamaan Memahami Islam Yang Menyeluruh
* Pada zaman ini secara khusus pembelajaran berterusan amat diperluaskan kerana umat Islam mengalami krisis tidak dapat memahami metodologi yang betul dan bagaimana berinteraksi dengan metodologi yang betul itu. Bagaimana membumikan ajaran Islam kea lam reality dalam semua sector masyarakat daripada kebudayaan,pendidikan,seni,sastera sampailah kepada kehidupan harian.

[8]* Memang senang dengan mengatakan rujukan kita al-Quran dan al-Sunnah,tetapi dalam pelaksanaan tidaklah semudah itu.Umat Islam semacam menjadi bumi gersang yang tidak dapat memanfaatkan ajaran Islam untuk mengendalikan kehidupan kerana tidak dapat memahami Islam yang menyeluruh itu. Atau dengan kata lain,kita gagal memahami Islam secara praktikal yang dicernakan dalam bentuk program sehingga ajaran Islam terkial-kial dalam bentuk retorik dan ucapan khutbah,tetapi gagal beroperasi.
* Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaedah nabi membawa perubahan ke atas masyarakat masih jauh daripada difahami jangkauan dan dimensinya, masih belum difahami mana yang tetap dan mana yang anjal atau fleksibelnya, fasa-fasa pelaksanaanya…Malah ketidak fahaman ini kadangkala menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam.
* Justeru itu,ilmu harus diteroka sepanjang masa,secara berterusan kerana masih banyak yang kita tidak faham daripada yang kita faham. Isu-isu remeh pun kadangkala belum mencapai kata sepakat. Misalnya apakah rokok itu halal atau haram? Justeru ia tidak boleh diputuskan secara individu tetapi ia perlu dibincang bersama bukan sahaja para ulama tetapi juga pakar dalam berbagai disiplin.
* Dari pembelajaran umum kepada pembelajaran kepada pengkhususan, dari rujukan biasa kepada rujukan terpilih, malah memahami mana yang menjadi matlamat dan mana pula yang menjadi sekadar wasilah dan pendekatan. Harus difahami mana yang berbentuk prinsip mana pula yang berupa program..Justeru itu banyak perkara yang baik tetapi kerana berfikir terlalu simple banyak perkara boleh menguntungkan umat Islam ditolak begitu sahaja. Akhrnya, kekuarangan ilmu menyebabkan umat lebih terdedah kepada perpecahan sesame sendiri daripada menuju kepada perpaduan. Apa lagi diharap dari satu umat yang tidak pernah bersatu. Al Quran memberikan jawapan,lemah,hancur dan musnah.
* Pendidikan Teras Pembangunan Tamadun Alternatif
* Dalam merealisasikan kemunculan semula tamadun Islam masa kini dengan berbagai pendekatan termasuk pendekatan hadhari, Ilmu menjadi senjata yang ampuh.Tanpa menafikan perlunya urus tadbir organisasi dan system,tetapi urusan membina manusia adalah harus diberikan keutamaan. Justeru Allah mengingatkan”Allah tidak akan merobah mana-mana kaum sehingga mereka sendiri merobah diri mereka”
-
[9]. Ia bermula dengan individu yang menjadi batu-bata binaan masyarakat.
* Pendidikan menjadi teras utama dan inilah jua yang dilakukan oleh para anbiya` dan mursalin. Mereka dibina keimanan dengan akidah yang betul. Di perbetulkan pandangan hidup (world-view) mereka terhadap alam dan manusia,tentang hidup dan Tuhan. Tahu akan matlamat dan misi kehidupan. Iman lah yang akan memberi jawapan yang mencukupi untuk banyak persoalan yang timbul.
* Kita harus bermula dengan dengan jalan yang betul yang dipohon setiap hari al-Sirat al-mustaqim. Pembinaan yang hakiki,bukan bentuk luaran sahaja. Membina akal dengan ilmu dan roh dengan kerohanian. Membina secara seimbang melalui ibadah,budaya,akhlak dan sebagainya. Kesemuanya itu memerlukan pembelajaran yang berterusan.
* Ilmu Tentang Musuh
* Kadangkala dalam keghairahan membina diri kita terlupa orang lain juga sedang merancang untuk memusnahkan kita. Di depan kita banyak golongan yang memusuhi daripada golongan tidak beragama hingga kepada orientalisme yang menyerang kita kiri dan kanan,depan dan belakang. Mereka menyerang akidah, syariah,turath dan tamadun kita. Malah musuh dalam pun tidak kurang hebat yang berupa khurafat dan bidaah,jumud dan taqlid malah berbagai lagi.
* Ini membuktikan lagi perlu kepada pembelajaran yang berterusan kerana masih banyak perkara yang belum difahami. Ada pula golongan yang keras dalam agama,bersangka buruk kepada semua orang kecuali dirinya sendiri sahaja yang benar. Mereka yang ufuk pemikiran terlalu sempit,mereka yang terlalu gopoh ingin memetik buah sebelum masak,golongan yang suka mengkafirkan orang lain oleh sebab yang kecil.
* Pembelajaran berterusan harus memberi panduan tentang kesederhanaan islam yang tulin yang digambar oleh al-Quran sebagai “ ummatan wasatan” di mana antara cirinya:
* Memahami agama secara syumul dan mendalam serta seimbang
* Memahami realiti semasa tanpa memandang remeh kekeuatan musuh dan tahu kekuatan diri
* Berfikiran saintifik hatta hokum alam dan hokum social
* Memahami maqasid syari`ah dan tidak jumud dengan teks agama
* Memahami keutamaan dalam kehidupan
* Malah banyak unsur-unsur lain lagi

[10]* Pembelajaran berterusan diperlukan supaya aliran wasat ini memimpin secara berkesan. Aliran yang mampu menolak aliran melampau (ifrat) dan longgar agama(tafrit). Kita sebenarnya masih bermusuh sesama sendiri dengan orang Islam yang menganut fikiran asing,mengaku diri berfaham liberal Barat.
* Penutup
* Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith nabi dan praktis para ulama lampau, Ilmu perlu dicari secara berterusan bagi memperkasa diri dengan persiapan dalaman dan luaran,menjadikan diri kukuh dan utuh pengetahuan,akhlak,budaya dan sahsiah sehingga mampu menjadi mercu yang dapat dijadikan pedoman dan mampu menagkis segala helah lawan.
* Tanpa keilmuan bukan sahaja kita gagal untuk memimpin bangsa lain malah kita akan kalah di tanah air sendiri dan terpenjara oleh kejahilan,was-was dan permusuhan sesama sendiri,malah kecundang dalam realiti globalisasi masa kini. Wallahu a`lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...