Wednesday, December 7, 2011

Tip memakai Pemerah Pipi

Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuain. Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik


Jenis pemerah pipi
  1. Padat : Serbuk warna daripada pemerah pipi jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak
  2. Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak
  3. Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yg lebih natural. Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering
  4. Balls : bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas pemerah pipi jenis berbola ini. Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit

Mengenakan pemerah pipi mengikut bentuk wajah
Bujur
Sapukan pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor
Bulat
Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas
Lonjong
Bagi wanita yang memilki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat ada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang
Persegi
Untuk menyamarkan potongan rahang, sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga.
Hati
Pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang. untuk kesan lebih cerah, sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga.

Rahsia pemerah pipi :
  1. Semasa menyapu pemerah pipi atau blusher, tidak boleh dioles terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.
  2. Sapuan blusher berlebihan akan menyebabkan wajah anda hilang keasliannya, sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.
  3. Warna-warna pekat adalah sesuai untuk solekan malam, jangan gunakan ketika siang hari. Sebaliknya pilihlah warna-warna lembut seperti merah jambu, oren muda, untuk ke majlis disiang hari.
  4. Warna-warna merah hangat lebih sesuai untuk kulit jenis kuning langsat, bagi anda yang berkulit gelap jangan cuba-cuba berani menggunakan warna ini. Oren muda dan merah ros lebih sesuai untuk yang berkulit pucat.
  5. Anda perlu bijak memilih warna-warna yang sesuai untuk memberi bayang atau ton warna pada tulang pipi. Seeloknya pilih dua warna yang berbeza iaitu warna cerah dan gelap untuk membentuknya.
  6. Blusher yang disapu rata ditulang pipi akan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...