Friday, November 13, 2009

Jenis Jenis Rambut

Rambut terbahagi kepada 3 jenis,iaitu rambut normal,rambut berminyak dan rambut kering.

Rambut Normal
**Rambut jenis ini tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering,lembut,kelihatan berseri dan mudah disikat atau digayakan.Untuk megekalkankeadaanya yang elok,rambut ini perlu dijaga dari segi kebersihan dan kesihatan dan hendaklah dirawat dari masa ke semasa

Rambut Berminyak
**Rambut berminyak sentiasa kelihatanbasah dan lekit disebabkanoleh sebum yang keluar berlebihan.Rambut jenis ini mudah kotor,oleh itu ia sentiasa perlu dicuci dengan syampu yang sesuai.Rambut jenisberminyak mudah dijangkiti kelumumur sekiranya tidak dijaga kebersihanya.

Rambut Kering
**Kilang minyak yang kurang menghasilkan sebum menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi kering.Rambut jenis kering kelihatan perang,pudar,mudah kusut dan kadang² bercabang dihujungnya.Ia tidak sesuai dibiarkan panjang.


P/S = nak tau jln penyelesaian atau mgkin sedikit sebanyak membantu kwg…tunggu….nanti sya kasi tau cara untuk selesaikan masaalah 3 jenis rambut nie….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...